Saturday 5 May 2012

PANASS !! SURAT TERBUKA BUAT NIK AJIS SI ULAR DALAM SEMAK ??



Bezanya ulama politik dan ulama bukan politik

SAYA terkejut dan terpanggil untuk menulis setelah mendengar pengakuan yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Sebagai pemimpin agama Islam yang dihormati, Nik Aziz sanggup mengorbankan agama untuk kepentingan politiknya.

Sebagai pemimpin, beliau tahu saluran yang patut diambil bukan mengheret pengikutnya dengan memberi sogokan wang, kenderaan dan tempat tinggal di Kuala Lumpur untuk bertindak ganas di tengah kota yang aman damai ini.

Perasaan iri hati, cemburu, dendam kesumat yang ada pada Tok Guru membuat beliau memberi sumbangan kepada pengikutnya yang rakus dan ganas.



Sebagai Tok Guru, perasaan ini tak perlu ada kalau beliau ikhlas jujur dan bertanggungjawab.

Ini sebenar warna yang ditunjukkan oleh kumpulan ketua pembangkang, sebelum memerintah kita boleh lihat inilah caranya mereka untuk memimpin, dengan cara paksaan bukan mengikut saluran sedia ada.

Saya merasa malu dengan sikap beliau yang bertopengkan agama untuk semata-mata mengambil alih Putrajaya bersama ketua pembangkang lain.

Pemimpin agama sepatutnya menunjukkan jalan lurus yang baik, tetapi jalan yang dibawa beliau adalah jalan membawa kehancuran umat.

Malah beliau sanggup bersekongkol dengan S. Ambiga yang terang-terang pro murtad dan beri sokongan penuh kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atas nama kebebasan.

Hala tuju beliau tidak konsisten langsung, ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Sesungguhnya sebagai seorang ulama, beliau perlu menggunakan kebijaksanaan yang diberi Allah untuk berfikir apa yang baik dan buruk untuk agama, bangsa dan negara. Sebagai ulama, beliau juga perlu kikis dendam kesumat dalam hati dengan kejayaan yang negara lalui.

Di setiap kuliah beliau selalu mengingatkan kita sebagai pemimpin kita perlu mengikuti sifat Nabi Muhammad SAW, tapi cakapnya tak serupa bikin.

Kita tahu ketua negara dan timbalan adalah orang Islam, dan ini wajib kita menerima setelah dipilih oleh rakyat.

Mengapa Nik Aziz dan ketua-ketua pembangkang tidak protes kepada SPR selepas pilihan raya 2008 di mana pembangkang menang di empat negeri, apa agenda mereka beberapa bulan sebelum PRU-13 mereka mula protes dan buat rusuhan, kononnya pilihan raya kita tidak bersih. Kalau tak bersih macam mana empat negeri boleh dimenangi oleh pembangkang?

Ulama politik kata wajib beri sokongan ke Dataran Merdeka, ulama bukan politik pula berkata haram, mengapa mahu menyesatkan umat Islam?
EUSOFF LOCKMAN
BBBangi
ForumUtusan

MTK
Mana dia rembat duit tu eh?puak pencacai kata nik ajis ni miskin?

3 comments:

Ali said...

Saya dah baca isi blog ini, terdapat sedikit fakta yang bercanggah dengan sikap si ambingai tu. Dia bukan anti murtad, dia sebenarnya pro murtad bukan gitu. Yang lain-lain cantik. Terima kasih.

Medan Tempur Kedah said...
This comment has been removed by the author.
Medan Tempur Kedah said...

terima kasih atas pembetulan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive