Sunday 20 May 2012

KISAH MENYAYAT HATI DI SEBALIK KEMALANGAN LPT



Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku
maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira
makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus
follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard,
absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi
keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia
just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j.
Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg
sama cuma pengilang yg berlainan.

aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau
ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately
tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so
aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara
beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk
lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau
bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku
lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan
sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu.
Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah
kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku
pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal
sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada
sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku
rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus
jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik
tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang
suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.
Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah
kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal
nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.

Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu
pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.
Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak
bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun
bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi
mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku
terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan
setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong
pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik
susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli
keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa
hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh
ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta
mangsa je dari depan.Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.
Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari
awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik
baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam
masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau
apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah
troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol
gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.
Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke
Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar.






SUMBER OHTIDAK

MTK
TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA.

3 comments:

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga terlibat.

Saya telah menyaksikan perkara seakan sama lebih tiga kali. Terakhir dua bulan lepas semasa menuruni gua tempurung menghala ke K.L. Semasa tu, saya beriringan, berjiranlah katakan dengan sebuah kereta. Pada kelajuan 170-180kmj di lorong kanan, sebuah kereta dari belakang mengejar dan telah beri 'high beam' tetapi lampunya bukan 'putih' - maknanya kereta biasa2 saja. Kami ke kiri, rupa2nya ia hanya sebuah 'toyota unser'. Dari pengamatan, kelajuannya mungkin sekitar 20kmj melebihi kami dan ditambah menuruni bukit.

Saya berkata kepada isteri di sebelah, tak lama lagi bungkuslah kalau kereta semacam ini dipecut macam nak rak. Tak berapa lama kemudian, barisan kereta di hadapan membrek dan jalan tiba-tiba sesak. Rupa-rupanya kereta tadi telah 'tercabut' tayar, dua orang anak terbaring di tepi jalan dan beberapa orang membantu mengeluarkan baki dari dalamnya. Pemandunya awal 50an tetapi dah diam. Depan kereta dah hancur. Saya dan kereta berjiran tadi hanya berhenti membantu sebentar dan kemudian berlalu kerana tidak mahu menyesakkan jalan walaupun sayu mendengar rintihan budak2 yang terbaring tu dengan tulang tangan yang patah, muka penuh darah.

Pengajaran yang dapat, tak perlulah memandu ikut nafsu, lebih2 lagi kereta yang tidak direka dengan kelajuan maksima melebihi 180kmj. Jiran kereta saya tadi pun berkata perkara yang sama - walhal kalau ikutkan nafsu, kereta tu atau setarafnya senang2 boleh dipancung.

Medan Tempur Kedah said...

BETUL TU,ORANG MALAYSIA KEBANYAKKAN LA NI DAH TAK SAYANG NYAWA,BAWA KERETA MACAM ORANG GILA..PADAHAL BAWA KELUARGA..

Anonymous said...

Tapi kenapa masih ada orang yang macam ni..jalan utk kegunaan bersama.nak laju laju buat apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive