Wednesday 16 May 2012

BONGKARR !!! PEMBALAKKAN HARAM DI GUNUNG INAS BALING OLEH REGIM PAS KEDAH !! #savekedah


Semalam MTK ada dedahkan kerakusan kerajaan regim zionis pas kedah yang menyamun balak balak di hutan simpan bernilai tinggi di kawasan Tasik Pedu klik sini..Hari ni MTK akan membongkarkan satu lagi kawasan yang di halalkan oleh Azizan Razak untuk aktiviti pembalakan.




Kerakusan regim kerajaan Azizan Razak menggondolkan Hutan Simpan Gunung Inas yang dahulunya terkenal dengan keindahan alam semula sama seperti anjing kelaparan..Mereka tidak lagi mempedulikan nasib nasib penduduk tempatan dimana kebanyakkan mereka hilang hasil pendapatan gara gara aktiviti penebangan yang tidak terkawal..

Rata rata penduduk kampung yang bergantung dengan hasil hutan di situ terjejas teruk serta ancaman haiwan liar yang dikhuatiri akan masuk ke kawasan kediaman orang kampung ekoran habitat semulajadi mereka dihapuskan.

tempat simpanan balak

air keruh
Penduduk kampung juga marah kerana tiada langsung pemantauan dari pihak berkuasa terhadap aktiviti pembalakan di situ sehingga menyebabkan kawasan Lata Chelak yang menjadi menjadi punca air terjejas teruk.Bayangkan air yang dulunya jernih berubah menjadi keruh lebih teruk dari air sungai gombak..

lori keluar masuk
Sebelum ini isu balak di Kedah pernah dipaparkan dalam akhbar Utusan beberapa tahun lalu dimana sebilangan penduduk kampung di Kupang menahan sebuah lori balak kerana berang terhadap aktiviti pembalakan luar kawalan di Gunung Inas.

Tetapi Si setpol Azizan razak ni meroyan menuduh kerajaan BN yang luluskan kawasan tu,Padahal semua orang tahu si setpol mb yang belagak pandai tu memang pembohong..Sebab nak selamatkan bossnya diserang maka dia reka cerita kerajaan BN yang beri.

lesen dah tamat tapi kerja masih berjalan

Kalau dilihat pada lesen yang dikeluarkan ianya dikeluarkan pada tahun 2011.Siapa yang memerintah pada tahun 2011 kalau bukan pas..Atau ada udang di sebalik batu yang si setpol ni nak tutupkan??


Lebih memeranjatkan,pihak kontraktor masih lagi beroperasi seperti biasa walaupun lesen kuatkuasa untuk menebang balak sudah tamat. Ini sudah menjadi satu kesalahan dimana khazanah hutan simpan di curi oleh penyamun penyamun yang tidak bertanggung jawab..

Hakikat sebenar, pada tahun 2003, ada sebuah syarikat pembalakan memohon kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Syed Razak untuk melakukan aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Inas dengan menggunakan kaedah helikopter tapi permohonan itu ditolak kerana takut ianya akan menjejaskan hutan simpan itu..Kalau tak salah Adun Lunas ketika itu sipudin nasution pun menentang cadangan pembalakkan disitu.


Yang peliknya sebaik saja Pas ambik alih kerajaan negeri, mengapa Azizan lulus kawasan ini menjadi kawasan pembalakan ?? Dulu bukan kah pas paling lantang menolak cadang untuk aktiviti pembalakan? Tapi bila pas dah perintah depa pulak kata kawasan itu halal dan akan dijadikan sebagai 'ladang rakyat'..

Isu untuk menjadikan kawasan itu sebagai ladang rakyat pula telah dibongkarkan oleh blog kedahkekl  kat sini , sini dan sini yang mendedahkan projek itu hanya mahu mengaburi mata penduduk daripada kerakusan regim pas kedah untuk menyamun balak balak anugerah..

Menurut perancangannya, sebanyak 5,000 hektar hutan simpan itu akan bertukar menjadi kebun getah penduduk di situ selepas Gunung Inas itu digondolkan oleh kontraktor-kontraktor Cina yang diberikan “compartment” balak.

Apa apa pun MTK sekali lagi desak Azizan untuk menjelaskan pekara sebenar apa yang berlaku di Gunung Inas.Kenapa syarikat kontraktor itu masih beroperasi sedangkan lesen mereka sudah tamat tempoh..

MTK
Tahun Akhir bagi regim pas kedah untuk perintah kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive