Tuesday 6 December 2011

BERITA BAIK BUAT PEMUDA




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.

Beliau berkata, wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.

"Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,” katanya kepada pemberita pada “Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M” di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat,” katanya. – Bernama

Sekarang sudah tiba masanya pemimpin veteran beri laluan kepada anak muda untuk membuktikan bahawa anak muda sekarang sudah mampu menyandang jawatan dalam umno dan menjadi calon pada pru nanti.tak kisah lah jawatan apa sekali pun,kerana orang muda sekarang ni pemikiran mereka masih segar.

transformasi ini juga dapat memajukan lagi UMNO ke arah hadapan.sekarang ni semua zaman IT tapi sayangnya ada lagi pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian masih lagi ketinggalan dan ada yang tidak tahu apa itu media baru seperti blog,facebook dan twitter.

jadi sebagai menghargai usaha anak anak muda sekarang pemimpin di semua peringkat haruslah memberi ruang kepada mereka bagi memantapkan lagi UMNO

MTK
jangan ada kaki melobi sudah lah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive