Thursday, 1 January 2015

DIARI 2014 YAB MB KEDAH DS @MukhrizMahathir #hanyadiKedah



Kedah Bertransformasi bersama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir!

Bermula dengan tema mendahulukan rakyat, MB kita bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain mula mengorak langkah untuk mendekati rakyat.

Maka bermulalah Program Mesra Rakyat atau singkatannya PMR untuk siri yang pertama di Daerah Kota Kuala Muda. Ternyata program tersebut amatlah berkesan dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat jelata.

Ianya kemudian diteruskan pada siri-siri seterusnya di Daerah Padang Terap, Baling dan Padang Serai/Kulim. Pendekatan tersebut memberi impak yang cukup besar kerana rakyat dapat bertemu, mengadu, bermesra sendiri dengan MB kita dan pimpinan lain di dalam Kerajaan Negeri Kedah.

Kejayaan itu disulami dengan berita baik penjanaan ekonomi negeri, apabila Kedah tercatat sebagai negeri kedua terbesar pelabur luarnya di Malaysia pada suku tahun pertama, RM4 billion telah dicatat masuk sebagai pelaburan ke dalam negeri Kedah.

Dalam masa yang sama MB Kedah telah melancarkan kursus kahwin percuma di hampir setiap daerah, Kit Kelahiran untuk bayi yang baru lahir, khairat kematian dan bantuan pada pelajar- pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di IPT & IPTA.