Saturday, 2 August 2014

TUN DR MAHATHIR CADANG KERAJAAN TAPIS INTERNET



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad hari ini menyarankan agar kerajaan menapis internet yang disifatkannya perlu untuk melindungi ‘moraliti awam’.

“Saya tidak peduli betapa sucinya hak kebebasan, tapi saya berasa sudah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia menapis internet,” katanya dalam posting terbarunya di blognya www.chedet.cc hari ini.

SANUSI eX SETPOL DICABAR DEDAH SALAHGUNA MELIBATKAN ADUN PKR



Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dicabar supaya mendedahkan butiran terperinci salah guna kuasa dan pecah amanah yang didakwa melibatkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kerajaan negeri Kedah dikuasai pakatan pembangkang.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli berkata tindakan tersebut penting kerana rakyat khususnya di Kedah perlu mengetahui salah laku berkenaan memandangkan ia melibatkan harta awam.

ISU PASAR MALAM !! AMIRUDDIN KANTOI MENIPU !!



Kecoh sejak semalam lagi tentang penutupan pasar malam pantai johor yang terletak di jalan utama berhampiran Istana DYMM Tuanku Sultan Kedah..

Ada seorang Adun Pas belagak hero cuba menyalahkan kerajaan BN kononnya zalim terhadap peniaga2.. Maka Adun Anak Bukit sumpah seranah bila panggilannya terhadap YB Badrol Hisham dan Datuk Bandar tidak dijawab..

Turut terkena tempias, Setpol YAB MB Kedah sekarang kononnya Setpol juga tidak menjawab panggilan adun berkenaan.

Dibawah ini print screen yg dipetik dari blog pembangkang

AMIRUDDIN TERLUPA ARAHAN KOSONGKAN TAPAK PASAR MALAM PANTAI JOHOR DIKELUARKAN KETIKA PAS MENJADI KERAJAAN



Semalam kecoh pasal isu Pasar Malam Pantai Johor, tak dinafikan pasar malam Pantai Johor sudah lama beroperasi. Ia merupakan tapak pasar malam sementara sebelum menunggu tapak pasar sebenar siap dibina dan dipindahkan untuk kekal beroperasi. Kalau dulu, negeri Kedah ni negeri yang agak lembab ekonominya, soo kereta pun tak banyak.

Tapi lanie dah beza, jalan sudah diperbesarkan, tetapi ianya gagal menampung kesesakan lalulintas di jalan-jalan utama. Akibat daripada kesesakan tersebut, dikenalpasti ada diantara pasar malam tepi jalan menjadi punca utama. Termasuklah salah satunya pasar malam Pantai Johor.

Friday, 1 August 2014

PANASS !!! PKR CUBA BUAT RAMPASAN KUASA KATA DR ZUHDI




Ini sudah jadi lain macam... nampaknya ugutan dan cubaan dua tiga kerat pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim membocorkan kandungan WhatsApp untuk mengertak Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki nampaknya tak jalan.

Bos think tank PAS itu memang diketuai umum agak tidak senang dengan gerak-geri Anwar dalam soal penukaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pada Rabu, walaupun dikecam DAP dan PKR selepas mesej WhatsApp bocor Dr Zuhdi tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Abdul Khalid.

Terbaharu Dr Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan PKR akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini.

“Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat.

DAP KATA PAS AKAN LENYAP DI SELANGOR KALAU PRN SELANGOR DIADAKAN




Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami ‘kekalahan besar’ sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.

Wednesday, 30 July 2014

PANASS !! PAS VS PKR eX SETPOL MB KEDAH DEDAH PERANGAI PKR





Dulu masa sebelum pru 13 kami blogger BN dedah mcm2 perihal salahlaku PR di Kedah,

Tapi ramai orang kata kami blogger TMK fitnah, sekarang ni Bekas Setpol arwah Ust Azizan pula ceritakan hal sebenar mcmna PR habiskan duit kerajaan negeri Kedah untuk tujuan parti mereka.

Jom baca