Friday, 25 July 2014

PANASS !! PKR MULA SERANG PIHAK ISTANA ??




Selepas kemurkaan Tuanku Sultan Selangor terhadap MP Pas Shah Alam si Khalid Samad, semalam satu lagi portal yang baru dibuka bertujuan menyerang Tuanku Sultan Selangor mendakwa pewaris Sultan Selangor itu telah menukar agama.

Fitnah ini sengaja dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata mata untuk mendapat takhta kerajaan Selangor selepas nama yang dicadangkan untuk mengantikan Menteri Besar Selangor sekarang ditolak..

Monday, 21 July 2014

#MH17 !! 251 MAYAT TELAH DIJUMPAI




Pasukan penyelamat menjumpai 251 mayat dan 86 cebisan daging sehingga petang semalam di tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas dan sebuah kereta api dengan gerabak dingin sudah tiba untuk mengambil mayat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang menyiasat bencana itu berkata kereta api pertama yang dimuatkan dengan mayat hampir 200 mangsa kini tersangkut di stesen bandar Torez kerana pihak pengganas menghalang jalan keluar. – Reuters

KERAJAAN KEDAH AKAN BANTU KELUARGA MANGSA NAHAS #MH17



Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga kru dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berasal dari negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, bantuan itu sebagai tanda simpati dan rasa sedih kerajaan negeri terhadap insiden terbabit.

Katanya setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat dua mangsa insiden itu merupakan anak Kedah.

"Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat dan semoga mereka tabah menghadapi ujian yang besar ini. Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya termasuk sokongan moral kepada keluarga terlibat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini hari ini.

Seorang daripada mangsa adalah pramugari pesawat MH17 Azrina Yaakob, 41, yang berasal dari Kampung Kelompang, Alor Mengkudu dekat Alor Setar.

Sunday, 20 July 2014

PEHHH !! INI BARU POSING MAUT ORANG PANGGIL




Bergambar sambil senyum dihadapan jenazah.. tabik springg sama KP pas

WAJAH PEMBUNUH YANG MELETUPKAN PESAWAT MAS #MH17



Inilah wajah wajah pemberontak yang telah menembak jatuh pesawat MAS MH17 yang meragut 298 nyawa tidak berdosa malah dengan angkuhnya pula mengancam keselamatan pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas MH17

PM DAN ISTERI SEBAK KETIKA MELAWAT KELUARGA MANGSA #MH17



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Pertemuan dalam bilik taklimat di sebuah hotel di sini diselubungi suasana sayu dan menyentuh perasaan apabila beberapa waris tidak dapat menahan kesedihan dan menangis ketika bertemu pemimpin negara itu.

Najib dan Rosmah dilihat menemui waris setiap 24 keluarga yang ada di situ secara peribadi dan memberi perhatian penuh ketika mendengar kisah mereka.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.