Saturday, 22 March 2014
#MH370 !! SATELIT CHINA KESAN OBJEK BARU DI KORIDOR SELATAN
Satelit China dilaporkan mengesan objek berukuran 22 meter panjang dan 30 meter lebar dalam koridor pencarian selatan yang kini sedang dipergiatkan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Penemuan terbaharu ini diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sesi sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA, hari ini.
Objek tersebut dilihat menjadi petunjuk terbaharu selepas satelit Australia mengesan dua objek di koridor sama, dua hari lalu. -Mynewshub.my
SIAPA INDIVIDU TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE TELEFON DARI KOKPIT SEBELUM BERLEPAS ??
AIDCNews – 21/3/14 – Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas, lapor mynewshub.
Memetik sumber media United Kingdom, satu laporan menyebut penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.
Friday, 21 March 2014
RATUSAN UMAT ISLAM MEMBANJIRI PUTRAJAYA SEMPENA #SELAWATPERDANA MALAM CINTA RASUL
Syukur #SelawatPerdana malam ini di #Putrajaya setakat ini telah dihadiri 100 ribu orang. Dijangka akan terus bertambah dari masa ke semasa. #MalamCintaRasul dan Solat Hajat #MH370 juga diadakan malam ini. Allhamdullilah.
#PRKKAJANG !! MANA SATU PILIHAN ANDA ?? BERSELAWAT ATAU PERJUANGKAN PELIWAT ??
Malam ini akan berlangsungnya 2 acara di Putrajaya dan Kajang.. Selawat Perdana malam cinta Allah dan Rasul akan berlangsung di Putrajaya dan satu lagi Reformasi 2.0 malam cinta dan menyelamatkan peliwat dari tirai besi..
Program Selawat Perdana sudah lama dirancang dan disebarluas di semua medium media baik media cetak, elektronik dan media sosial.. Penerimaan rakyat terhadap program Selawat Perdana yang akan berlangsung malam ini di Dataran Masjid Putra Presint 1 Putrajaya amat baik..
Disebabkan tidak mahu warga Lembah Klang turut serta dalam program keagamaan ini, PKR telah mengeluarkan arahan supaya mengerahkan seluruh jentera mereka hadir ke pelancaran reformasi 2.0 menyelamatkan peliwat..
#PRKKAJANG !! TINDAKKAN TERDESAK PKR BURUKKAN CALON BN DAN PERKASA #TOLAKWAWI
Nampaknya PKR sudah terdesak dengan kempen calon BN Chew Mei Fun yang disenangi warga Kajang.. Semalam, 1 poster memburukkan calon BN disebarkan dibeberapa tempat di Kajang..(gambar di atas)
Poster berkenaan dilihat memburuk burukkan calon BN dan melaga lagakan Mei Fun dengan Perkasa kerana terdapat logo Perkasa diatas poster.
Kandungan poster itu menyebut Mei Fun letak jawatan Timbalan Menteri kerana mendera amah Indonesia pada tahun 2010.. Padahal cerita tersebut ternyata fitnah..
Mei Fun meletak jawatan kerana berpegang pada prinsip tidak mahu mempunyai ketua yang mempunyai masalah skandal..Ketika itu Chua Soi Lek terpalit dengan video seks..Atas sebab prinsip, beliau meletak kesemua jawatan dalam parti dan kerajaan..
#MH370 !! FOR ALL WESTERN MEDIA ESPECIALLY @CNN
CNN tulis Kuala Lumpur di Indonesia |
The Western Media, including CNN, BBC, ABC, CBS and NBC, have been broadcasting again and again, almost in loop tape fashion, the near riot in the MH370 media briefing room yesterday. Malaysia's portrayal as a villainous state, with evil officials hoarding information and telling untruths with impunity is now complete.
Malaysia bashing is on overdrive !
NOW, while the world is gripped by the possible discovery of MH370 debris in the southern Indian Ocean, let me state something:-
NO country has a monopoly on grief.
Thursday, 20 March 2014
ALLAH SWT TUNJUK SIKAP RIAK @ANWARIBRAHIM SEMASA SIARAN LANGSUNG GANTI DS NAJIB!!
Siang tadi aku ada keluarkan 1 artikel berkenaan ucapan Anwar Ibrahim dengan angkuh dah riak mahu ganti Ds Najib bagi menjawab misteri kehilangan pesawat MH 370 dihadapan media antarabangsa kononnya dialah paling layak..
KLIK SINI
Anwar berkata demikian dalam ceramahnya semasa berkempen bagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang malam kelmarin.
#MH370 !! BOLEH KE @anwaribrahim JAWAB SOALAN DATO @fuhas_tweet ??
Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.
Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.
#PRKKAJANG !! TAK KENAL TAPI GUNA KAPTEN ZAHARIE MODAI KEMPEN POLITIK JIJIK WAN AZIZAH !! [VIDEO CERAMAH] #TOLAKWAWI
Jijiknya kempen politik Wan Azizah di kajang, Sebelum ini Wan Azizah mendakwa Anwar langsung tidak kenal Kapten pesawat MH370, dan memperlekehkan usaha Malaysia mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.
Kini Wan Azizah gunakan pula Kapten MH370 sebagai modal kempen di prk Kajang..
#MH370 !! DENGAN WARTAWAN TV3,UTUSAN PUN TAK LEPAS ADA HATI NAK GANTI DS @NajibRazak !! U ULANG I SAMAN
Lawak pulak bila Anwar berahim kata dirinya paling layak ganti DS Najib untuk menjawab segala persoalan berhubung kehilangan misteri pesawat MAS MH 370 dihadapan wartawan wartawan asing, sedangkan dia sendiri takut nak berdepan dengan wartawan tempatan lebih lebih lagi dari Utusan dan TV3..
Sidang media Anwar penuh dengan penipuan dan tanpa menjawab soalan yang ditanya wartawan.. yang disebutnya ialah media alat Umno dan BN.. Sedangkan pertanyaan media media luar yang tulis dalam akhbar mereka tentang penglibatan Anwar dalam satu satu kes langsung tidak dijawab oleh Anwar.
#PRKKAJANG !! KEMPEN WAN AZIZAH PENUH PEMBOHONGAN #TOLAKWAWI
Wan Azizah memulakan kempen di Kajang dengan siri pembohongan semata mata mahu menagih undi dari warga Kajang..
Kempen Wan Azizah bermula dengan mendakwa dan memfitnah kerajaan Malaysia mengunakan bomoh untuk menjalankan operasi SAR pesawat MH370..
Sedangkan Kerajaan Malaysia tidak mengunakan khidmat bomoh pun sebaliknya menjadi koordinator utama dan mempunyai pasukan terbesar dalam operasi SAR dengan bantuan 25 buah negara.. Malaysia juga mengarahkan hampir kesemua asetnya yang mempunyai kelengkapan SAR.
Wednesday, 19 March 2014
HOT NEWS !! PAKAR I.T INDIA TEMUI IMEJ #MH370 DARI SATELIT #PRAYFORMH370
Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.
Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.
Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.
#PRKKAJANG #KAJANGMOVE !! SEMALAM MAK KENA SOUND, HARI NIE ANAK PULAK
Masih ingat lagi bagaimana Wan Azizah di tempik oleh peniaga dari Bandar Perda yang berniaga di Kajang semalam?? Video tu anda boleh lihat di SINI
Hari ini giliran Nurul Izzah pula menerima nasib yang sama seperti ibunya apabila di sound sekali lagi oleh seorang mak dihadapan gerainya yang berniaga di Taman Mesra, Kajang.
PENDUDUK MALDIVES DAKWA MELIHAT PESAWAT MIRIP #MH370 TERBANG RENDAH
Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.
#PRKKAJANG !! WAN AZIZAH TERUSKAN KEMPEN PEMBOHONGAN DI KAJANG !! #KAJANGMOVE
Nampaknya Wan Azizah sudah mula melakukan kempen penipuan di Kajang apabila menuduh SPR menambah bilangan pengundi di Kajang secara mendadak.
Walaubagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku pertambahan mendadak seperti didakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga calon bagi pilihan raya kecil itu merupakan pembohongan melampau tanpa berpandukan data lengkap disediakan.
#PRKKAJANG !! VIDEO PENYOKONG PKR LUAR NEGARA BERDEMO UNTUK SELAMATKAN ANWAR ??
Macam ni la kelaku kelaku pencacai pakatan kalau dah diajar berdemo.. Nasib baik berlaku di India, Kalau berlaku di Malaysia tak tau lah nak cakap apa.. Hahaha
jom layann
Tuesday, 18 March 2014
PENGUNDI KAJANG BERANG FOTO CALON BN #PRKKAJANG CETUS KONTROVERSI ?!! #TolakWawi #KajangMove
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memberi peringatan kepada jentera siber pro-pembangkang, Red Bean Army (RBA) supaya berhenti daripada terus mengelirukan rakyat dengan menyebarkan pelbagai fitnah berhubung Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Presiden Kongres Muka Buku Selangor (KMBS), Mohd Haziq Syahmi, RBA bertindak secara keterlaluan apabila sesuka hati menyebarkan maklumat tidak benar dan mengguna teknik ‘photoshop’ untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
“Golongan itu sangat jahat dan tidak mempunyai perasaan, mereka hanya mahu memalukan dan memburukkan imej calon BN.
OHH RUPANYA ANWAR PERNAH MAKAN BUDI RAJA BOMOH GILA POPULAR 1 MALAYSIA
Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan.
Datuk Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar.
Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.
Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.
KERAJAAN KEDAH LANCAR KIT PEMBELAJARAN ONLINE [ DARULAMAN E-TUTOR ]
Kerajaan Negeri Kedah melancarkan Darulaman e-Tutor(DeT)untuk kegunaan seluruh sekolah di Negeri Kedah.. DeT merupakan usahasama antara kerajaan Negeri Kedah dengan Yayasan Bank Rakyat bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan pembelajaran di sekolah.
DeT merupakan modul pembelajaran dalam talian yang akan membantu merealisasikan objektif perlaksanaan pelan Pembangunan Pendidikan Negara dengan menerapkan ICT ke dalam kelas..
Sebanyak 10 ribu ID telah disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM 1.5 Juta.
VIDEO PANASS !!! PENIAGA DARI PERMATANG PAUH "TEMPIT" WAN AZIZAH DI KAJANG !!
Peniaga dari bandar Perda Pulau Pinang yang berhijrah ke Kajang menempit rombongan Wan Azizah yang datang ke kedainya untuk berkempen mendakwa mereka dihalau dari berniaga di Pulau Pinang..
Wan Azizah yang malu dengan tempikan dihadapan orang ramai itu meninggalkan premis milik peniaga dari Penang dengan penuh kemaluan..
Tengoklah wahai pengundi di Dun Kajang, peniaga dari Bandar Perda dalam Parlimen Permatang Pauh pun tak dijaganya apatah lagi Dun Kajang ??
TERKINI !!! LANDASAN US AIR BASE DIEGO GRACIA DITEMUI DALAM SIMULATOR KAPTEN #MH370
Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
#PRKKAJANG #KAJANGMOVE !! DASAR PENIPU ! TAKKAN WAN JIJAH TAK KENAL KELUARGA BESANNYA SENDIRI ?? #MH370 #PRAYFORMH370
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu ketika berbahas di Dewan Rakyat mengakui mengenali juruterbang pesawat MH370.
Walaupun tidak menyebut nama, sudah tentu yang dimaksudkan Kapten Zaharie Ahmad Shah.
"Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebahagian yang saya kenal termasuk juruterbang .." - Sedutan rakaman sesi parlimen.
Monday, 17 March 2014
#PRKKAJANG #KAJANGMOVE !! CALON BN KECEWA FITNAH JAHAT PR
Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP yang menyebarkan maklumat palsu dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang mendakwa beliau akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) jika dipilih rakyat pada PRK nanti.
Menurutnya, parti pembangkang mengambil pendekatan berkempen secara tidak sihat dan menuduhnya dengan perkara yang tidak berasas.
“Kita tidak pernah menyebut mahu menutup sekolah itu tetapi kita mengikut permintaan PIBG untuk pindahkan sekolah itu dari tapak 0.8 ekar kepada 6.3 ekar.“
TERBUKTI PERJUANGAN WAN AZIZAH BUKAN UNTUK WARGA #KAJANG !! #PRKKAJANG #KAJANGMOVE
Akhirnya Wan Azizah sudah menonjolkan karektor dirinya yang sebenar apabila banner banner memaparkan beliau meminta doa agar suaminya Anwar Ibrahim diberi keadilan di pasang di Bandar Kajang..
PANASS #MH370 !! BEKAS CIA KUTUK MALAYSIA & MENGAKU AGENSI PERNAH HIJACK PESAWAT TANPA DI KESAN !! #PRAYFORMH370
AGENSI berita CNN yang cukup terkenal di arena kewartawanan dunia, pada 14 Mac lepas telah menemubual seorang bekas pegawai Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat berkenaan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Bekas anggota CIA itu Robert Baer juga merupakan Penganalisis Keselamatan Amerika Syarikat untuk CNN.
Dalam video temubual berkenaan yang berada di laman YouTube sejak 14 Mac lepas, Robert dengan jelas mengutuk Malaysia dengan mengatakan beliau tidak mempercayai Malaysia kerana ia merupakan sumber berita yang lemah.
Sunday, 16 March 2014
CALON BN #PRKKAJANG @ChewMeiFun CALON BERWIBAWA - @MukhrizMahathir @tunfaisal
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengingatkan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang supaya tidak terpedaya dengan manifesto calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk pilihan raya kecil 23 Mac ini.
Pengundi di Kajang perlu sedar bahawa janji-janji yang dibuat PKR pada pilihan raya umum tahun lepas masih belum ditunaikan, inikan pula yang baharu, katanya.
#MH370 !! DCA DEDAH DOKUMEN SIASATAN PENERBANGAN #MH370
Gambar di atas merupakan dokumen siasatan Jabatan Penerbangan Awam dalam rampasan MH370.
Garisan merah atas dan bawah merupakan laluan yang dipercayai mungkin digunakan pihak yang merampas kapal berkenaan.
Jajaran itu selari dengan koridor yang menjadi tumpuan siasatan masa kini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar beliau tengah hari semalam
#PRKKAJANG #KAJANGMOVE !! KETIKA UMAT ISLAM LAIN MENGADAKAN SOLAT HAJAT, LEBAI PAS SERONOK LAYAN AMOI KPOP ?
Tatkala umat Islam di seluruh Malaysia mengadakan solat Istisqa dan Solat hajat untuk pesawat MH370, kelihatan beberapa totok lebai Pas melayan konsert amoi berpakaian seksi yang dianjurkan DAP Perak..
#PRKKAJANG #MH370 !! WAN AZIZAH " GANTUNG DIRI " DI #KAJANG !! #KAJANGMOVE @NajibRazak @Tunfaisal
Kempen Wan Azizah di PRK Kajang nampaknya sudah melebihi batas sebagai seorang calon.. Dalam satu video ceramahnya di Sungai Jelok Kajang 2 malam lepas, Wan Azizah memperlekehkan usaha kerajaan menjalankan operasi SAR pesawat MH370 dengan menuduh kerajaan Malaysia mengunakan khidmat bomoh..
Sebelum ini, Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut.
#PRKKAJANG #KAJANGMOVE ! AKTIVITI @MukhrizMahathir DI PDM SG KANTAN #KAJANG & KOMEN BELIAU TENTANG @chewmeifun @tunfaisal
DS Mukhriz menyampaikan bantuan kepada warga OKU |
Semalam, YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir mengadakan lawatan rasmi beliau di PDM Sg Kantan Kajang dimana terletaknya rumah angkat bagi Umno Negeri Kedah..
Lawatan sehari YAB DS Mukhriz Mahathir dipenuhi dengan aktiviti menziarah dengan masyarakat setempat dalam Pusat Daerah Mengundi Sg Kantan..
Dalam masa yang sama, beliau sempat melapangkan masa melawat keluarga waris penumpang pesawat MH370 untuk melahirkan perasaan simpati terhadap kejadian yang menimpa keluarga tersebut.