Saturday, 17 December 2011

PANAS!! BUSUK BUSUK UMNO JUGAK YANG KENA

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno



Setiausaha Agung Pas kalau bercakap mesti semua kena kat UMNO,apa apa isu pun mesti UMNO ada kaitan.dia ni sama lah dengan Anwar tu.Semua salah orang lain dia nampak tapi bila salah sendiri diam.tutup buku.

Apa punya perangai la pas ni.Fikir tu biar matang sikit lah.apa kena mengena umno dengan hal ni.hampa tu duk ikut pungkoq dap&pkr,bila ada orang bersuara sikit hampa cantas dia.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Friday, 16 December 2011

PERHATIAN!!CERAMAH YB ZUL NOORDIN DI ALOR SETAR KEDAH!!




Pada pembaca blog MTK menjemput para pembaca beramai-ramai ke ceramah umum YB Zulkifli Noordin, Naib Presiden Perkasa Malaysia.

"Memperkasakan Bangsa, Memertabatkan Agama"

Tarikh: hari Sabtu, 17hb Disember 2011.
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Sek Keb Kampung Gelam.
Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah.

Jika anda Taatkan Islam, sayangkan melayu, hadirlah bersama kami..

MTK
KITA KASI GEGAR BESPK MALAM

TUDIAA!! PAS NAK LETAK CALON TIONG HUA BERTANDING??



KUALA TERENGGANU 16 Dis: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPPP) mencadangkan agar calon Tionghua dari Pakatan Rakyat diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
(Vincent Lee menyerahkan borang baru keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran semalam, 15 Disember.)
Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee berkata pada pilihan raya akan datang calon dari kaum Tionghua wajar diketengahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, Kuala Terengganu.

Kata beliau, strategi politiknya peluang Pakatan Rakyat menang di Dun Bandar agak cerah jika calon Pakatan Rakyat dari kaum Cina menentang calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).

“Kami (DHPP) telah buat sedikit kajiselidik di negeri ini, pengundi Tionghua ada 38 peratus di Kuala Terengganu.

“Kami mencadangkan supaya PAS-Pakatan Rakyat dapat kemukakan calon Cina untuk menentang calon MCA dari Barisan Nasional sebagai strategi politik kita,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat DHPP Pusat kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Terengganu, Ariffin Deraman di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 15 Disember lalu.

Menurutnya, jika PAS-Pakatan Rakyat dapat mengetengahkan calon tersebut akan memberi impak besar kepada sokongan pengundi tionghua di daerah-daerah lain di negeri ini.

Ini kerana, katanya senario politik kaum Tionghua di Terengganu agak berbeza dengan negeri-negeri lain di pantai barat.

“Saya bukan hendak ‘mengajar’ orang Terengganu tetapi strategi politik yang saya lihat kepada kaum Cina di negeri ini berbeza dengan negeri lain di pantai barat.

“Mereka (pengundi) rasa hanya ada satu peluang kepada orang Cina untuk ada ‘suara’ yang mewakili mereka di dewan (Dun) dan ini perlu kita (PAS) ambil perhatian,” jelasnya.


Menurutnya, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat kembali memerintah Terengganu agak cerah jika kena dengan strategi politik semasa.

Kata Vincent, hakikatnya pengundi Tionghua telah bosan dengan calon MCA-BN tetapi seolah-olah tidak ada pilihan lain.

“Kami (DHPP) sangat berharap supaya PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu mengambilkira senario dan strategi politik untuk menang PRU ke-13 akan datang,” tegasnya.

Selain itu, katanya kaum bukan Islam (Cina dan India), pengundi muda, orang miskin dan golongan wanita antara penentu kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya.

Pada PRU ke-12, calon MCA-BN, Dato' Toh Chin Yaw mengalahkan calon PKR, Dr Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi di Dun Bandar yang mempunyai peratusan pengundinya Melayu 60.41 peratus, Cina (38 peratus), India (1.13 peratus) dan lain-lain (0.43 peratus).

Sempena kunjungan tersebut Vincent Lee menyerahkan 4,000 borang keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran serta disaksikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, Pengarah JPN PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.HARAKAH




MTK 
Nak kira lagu mana ni,dhpp satu sayap baru dalam pas dah mula mintak nak letak calon tionghua,bila kempen takkan nak cakap pangkah calon tionghua masuk syorga..pelik la perjuangan pas ni.terang2 dah memang terpesong jauh dari landasan.


Pas di lihat sanggup berbuat apa saja,demi undi kepada mereka.Kalau di lihat undi melayu kepada mereka sudah jatuh merudum.


Pas makin hanyut terpengaruh dengan syaitan syaitan dap dan pkr.Dalam hal ini pas sanggup buat apa saja untuk undi dan dhpp mengambil mengambil kesempatan meletak calon mereka..

Thursday, 15 December 2011

PANASS!! CALON PAS KEDAH MESTILAH LEBIH LAJU DARI BOMBA



Kenal dengan gambar di atas? Inilah gambar Adun Kubang Rotan si YB Nasir. YB yang mempersoalkan kenapa pergi melawat rumah penduduk yang terbakar, kerana Wakil Rakyat bukan BOMBA!! adehh.. . Dulu Mc pernah cerita mengenai hal ini dalam post yang lepas. Cuma kali ni Mc nak tumpukan tentang soal kerja seorang Wakil Rakyat.

Untuk baca post yang lepas klik SINI.

Apa kerja seorang wakil rakyat sebenarnya?

Sibuk dengan meeting di pejabat kerajaan?

Sibuk dengan ceramah?

Sibuk dengan perniagaan sendiri?

Sibuk dengan bini pertama, kedua, ketiga..

Atau sibuk dengan main golf?

Cuba tanya YB Nasir, dulu semasa ceramah di Kubang Rotan, agaknya apa yang pernah beliau janjikan? Berbakti pada rakyat. Membela rakyat atau Wakil Rakyat bukan BOMBA?

Andaikata, kalau beliau sebut, di pentas ceramah mengenai "Wakil Rakyat Bukan BOMBA" nescaya, tak akan ada orang yang akan mengundi si YB Nasir ni.

Penduduk tengah susah, salahkah kita pergi melihat, membantu dan meringankan beban mereka? Salah?

Kalau dengki pun jangan la tunjuk depan-depan. Allah maha kuasa, depan kami YB Nasir menunjukkan perangai buruk YB tu.

Mungkin YB ingat kami ni budak-budak bodoh yang sedang melepak kot. he he..

Kalau YB bertanding lagi di Kubang Rotan, YB pasti akan melihat perkataan "Wakil Rakyat Bukan BOMBA" di mana-mana saja. Ayat YB tu kami akan gunakan sebaik mungkin.

Islam bukan hanya pada pakaian YB, berjubah, berkopiah dan berjanggut tak boleh menutup betapa busuknya perut kita.

Apa pun, terima kasih kerana belanja kami makan hari tu.. susah nak rasa duit orang Pas. he he..


sumber dari KEDAH KE KL

MTK
RAKYAT HARAPKAN WAKIL RAKYAT NI LEBIH LAJU DARI BOMBA
RAKYAT MAU WAKIL RAKYAT NI SENTIASA AMBIK PEDULI HAL MEREKA,BUKAN BILA NAK BERKEMPEN SAJA BARU NAMPAK MUKA
RAKYAT TUNTUT MANIFESTO2 PAS PRU LALU YANG MANA SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM DITUNAIKAN

kawasan kuala sungai pun dah bersepah kedai judi HARAM..apa yb bomba ni buat pun x tau..kata nak haramkan judi,tapi xdak apa2 tindakan pun

LIWAT 2 !!! UNTUNG NASIB HAJI ANWAR SIVAJI 9 JAN INI?



KUALA LUMPUR 15 Dis. – Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diketahui 9 Januari ini.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan semula oleh pasukan pembelaan hari ini.

Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. - UTUSAN


MTK
SELAMAT MENUJU KE PENJARAJAYA.KIHKIH

BIKIN PANAS!! HAMPA AMBIK DUIT 500 LEPAS TU 100 MASUK TABUNG PARTI..





                       MAT PUT CAKAP DUIT CUKUP.TAPI MAT SABU TIAP2 KALI CERAMAH LANCAR TABUNG..SAPA BETUI SAPA TIPU?

KUALA LUMPUR - Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta ahli parti pembangkang yang menerima RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipersoal beberapa pihak.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, permintaan itu tidak sesuai kerana BR1M, bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain yang berunsur politik.


“Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka,” katanya.


Beliau berkata, walaupun perkara itu, terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti.


Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia tindakan tidak bertang­gungjawab.


“Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti.


"Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini,” katanya.


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan parti pembangkang, ia perbuatan tidak bertanggungjawab kerana wang itu diberikan untuk meringankan beban rakyat.


“Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga dan ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan,” katanya.


Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar bagaimanapun menafikan Pas ada menghantar SMS itu dan berkata, parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.


“Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut,” katanya.




MTK
KERJA PAS PAW DUIT RAKYAT.DUIT MEMALI YANG BERJUTA TU HILANG P MANA PUN X TAU

KASI PANAS!! CONTOH TERBAIK AHLI PARLIMEN PKR YANG BEBAL!!



Cerita ni Mc ambil dari blog CTS.

Melihat pada gambar ni. Tak tahulah sama ada tak tahu etika, kurang pengetahuan tentang protokol majlis atau memang dari kecil Mak Bapak tak ajar cara duduk dan adab di dalam majlis. MP Gombak, Azmin Ali dan MP Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kelihatan duduk dan tidak berdiri ketika Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada perbarisan hormat Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, yang diadakan bersempena dengan Majlis Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen pagi semalam.

Jenis kurang ajar, ajarlah macam mana pun. Dok serupa tu la jugak!


sumber dari KEDAH KE KL
MTK
PKR MAKIN BIADAP

TUDIAA AIH!!! VIDEO LAWAK MAT SABU TERKINCIT



                                                     Awat wat muka lagu tu abang sabu




MTK
kihkihkih mah oh mah..

Wednesday, 14 December 2011

KASI LETUP!! PAPAGOMO & DR NOVANDRI HAMPA KENAI KA MAMAT NI???





Blogger Didikan PAPAGOMO/DR NOVANDRI Sertai PAS.
Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar. Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

SUMBER DARI KEDAHLANIE.

MTK
HAT NI KA HUSAINI HARUN TU?MAMAT NI LA YANG P PERJUMPAAN DI KL TU..XPENAH TAU PUN YANG DIA NI ANAK DIDIK PAPAGOMO DAN DR NOVANDRI..TENGOK DARI JAUH PENAH LA KOT..DIA NI BUKAN APA SAJA NAK JAJA NAMA..KOREK PUNYA KOREK SAHABAT KITA DARI PADANG TERAP TAU BANYAK PASAL KISAH DIA NI..NAK KASI LETUP PUN BOLEH..NAK BOGELKAN TERUS PUN BOLEH..

PANAS!! RAKAMAN VIDEO BUKTI KD TUN RAZAK MAMPU MENYELAM



video 

Baru baru ni haji Anwar naik sawan bagaimana seorang blogger pro kerajaan diberi keistimewaan mengambil gambar dalam kapal selam Scorpene yang kononnya bakal mengancam dan menggugat keselamatan negara.




Kebobrokan beliau dan pembangkang langsung tidak membicarakan kealpaan dan kesilapan dalam melakukan fitnah dan tohmahan berkenaan keupayaan sebenar kapal selam ini.


Amat menjengkelkan bagi seorang manusia yang bernama pemimpin tidak tahu membezakan diantara realiti dan fitnah ...





sumber dari GELOMBANG WANGSA MAJU

MTK
HAJI TERINGIN NAK P MEKKAH NAIK KAPAL SELAM PULAK KOT.

18SX!!! ANAK DIDIK PUAK PAS DITANGKAP KANTOI BLOWJOB??



Siapa tahu mengenai Kolej Islam Madrasah Darul Ulum (MDU) Pokok Sena yang di miliki sepenuhnya oleh PAS Kedah?

Apa yang memeranjatkan Mc, pada 10 Disember lepas lebih kurang pada pukul 11 malam, pihak Tentera telah menahan 2 orang pelajar semester ke 2 Kolej tersebut yang sedang asyik melakukan aksi Blowjob (mengisap batang) di ladang getah berhampiran sempadan Malaysia -Thailand Kota Shah Putra.


Pasangan pelajar Pas melakukan aksi terkutuk ketika berada di dalam kereta. Pasangan tersebut telah di serahkan kepada Pejabat Agama Padang Terap untuk tindakan..sungguh memalukan.

Tentera memerhatikan pergerakan kereta terbabit kerana ingat ada jenayah penyeludupan. Rupanya bukan seludup, tapi jenayah mengisap. hehe..

Berjayakah PAS Kedah mendidik akhlak orang muda, tambahan pulak di pusat pendidikan PAS Kedah
Sekiranya bersangkutan dengan kes keruntuhan Akhlak, pasti Cybertrooper PAS akan menuding jari pada BN, nah sekarang apa yang berlaku apa yang PAS ajar? berjayakah PAS? Kalau bab nak hentam orang cukup hebat la Cybertrooper PAS ni,,ayat punya la putaq belit nak lindungkan kesalahan.

Kredit to: Aktivis Umno Pekan Naka di atas info anda

MTK
TUDIA AIH,APA DAH JADI DENGAN BAKAL USTAZ&USTAZAH PAS NI?BELUM HABES BELAJAQ DAH PANDAI BUAT BENDA BENDA NI?KAT KOLEJ TU ADA PENDIDIKAN SEKS KA?BELUM APA APA DAH CUBA DI LUAR..SAKAN BETUL LA PUAK PUAK NI..NI MESTI TERIKUT IKUT CARA ORANG ATASAN DEPA..MANA TAKNYA,SEMUA DOSA NIK AJIS BOLEH AMPUNKAN..NIK AJIS KAN NABI BAGI PUAK PUAK NI.TIKET SYURGA PUN PAS BOLEH BAGI.JANJI PANGKOH PAS..


sumber dari KEDAH KE KL

PAS KEDAH KEJAM!!! BUDAK TAMAN RIA MENGAMUK TIKAM PAS







SAYA amat tertarik dengan ucapan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, semasa membahaskan usul ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.


Dengan menggunakan loghat Kedah, beliau telah mengistilahkan kerajaan Pas di negeri Kedah sebagai 'kemereh'. Apa yang saya faham, sebagai anak jati Kedah, istilah 'kemereh' bermaksud pendek akal, cakap saja pandai tapi tak pandai buat kerja atau lekeh.


Dahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya.


Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa?


Saya terpanggil untuk menyenaraikan beberapa perkara untuk menunjukkan betapa 'kemerehnya' kerajaan Pas Kedah yang cakap tak serupa bikin ini. Pelbagai janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya belum ditunai. Antaranya:


* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.


* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh.


* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi.


* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut.


* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.


* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri.


* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina.


* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.


* Janji henda beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita.


Kalau hendak disenaraikan semua janji, memang banyak lagi. Realitinya, banyak sangat janji yang tidak ditunaikan. 'Kemereh' sungguh kerajaan Pas Kedah!


Yang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah.


Saya orang Kedah yang sedar segala penipuan ini, tidak mungkin saya akan mengundi calon-calon Pas di PRU ke-13 nanti-FORUM UTUSAN


BUDAK TAMAN RIA




MTK
RAKYAT KEDAH DAH BUKA MATA,PRU13 BN AKAN TAWAN KEDAH KEMBALI

KL BANJIR !!! KUALA LUMPUR BANJIR LAGI,SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNG JAWAB???






MTK
SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?


DBKL-JALAN BANYAK LUBANG TAPI MALAS TURAP
DATUK BANDAR-APA LAGI NAK TUNGGU??
SYARIKAT UTILITI - SUKA SUKA KOREK LUBANG LEPAS TU TAMPAL IKUT SUKA

GEMPAR !! CONTOH BORANG BR1M PASLU & ASLI

Gambar di bawah adalah keratan daripada borang permohonan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M)..Kalau sekali imbas borang paslu itu hampir sama dengan dengan borang yang asli tetapi borang palsu ada tercatat nama bank,no akaun bank dan kaedah pembayaran melalui bank..



                                                                       Borang Asli


                                                                    Borang Palsu


MTK
Kerajaan dah bagi duit pun ada lagi yang nak menipu

Tuesday, 13 December 2011

GEMPAR!! KOLEJ UNIVERSITI DAN INSANIAH MASIH HUTANG BANK BERJUTA-JUTA??




Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ni dimulakan oleh kerajaan BN Kedah yang dahulu. Namun kerja menaik tarafkan kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas.

Bab ni Mc ucap tahniah, sebab dari satu kolej biasa, Pas dah buat jadi Kolej Universiti Antarabangsa. Semua bangsa ada disitu semua kaum pun boleh belajar. Hinggakan Somalia pun ada kat sana.


Bukan itu yang jadi persoalan Mc. Mc nak tanya, ada sumber memberitahu bahawa KUIN masih lagi berhutang berjuta-juta dengan bank akibat projek naik taraf, dan pembayaran baliknya masih lagi ditangguh oleh kerajaan negeri?

Orang yang memberitahu Mc mengenai hal ini bukan calang-calang orangnya. Andaikata Mc taip namanya disini, ramai orang kenal.

Andaikata pembaca ada maklumat yang detail mengenai perkara ini boleh emailkan kepada Mc (McTheory@yahoo.com)

sumber dari KEDAH KE KL


MTK
BAJET PUN DEFISIT,MACAMNA NAK BAYAR..

Monday, 12 December 2011

KEDAH SEJAHTERA!!! HARI TU SAPU BALAK HUTAN,KALI NI KAYU BAKAU



Kesian dengan rakyat kedah sekarang,tak habis2 hasil bumi di sini kena tarah oleh pihak yang tidak bertanggungjawap..Alasannya projek pembersihan bagi membuat kolam udang.tapi mana  p pokok2 bakau tu..?tak kan jadi bakau ANUGERAH? mana p wakil rakyat pantai merdeka??rakyat bersuara minta pertolongan tapi kemana wakil rakyat tersebut??

Patut lah MTK dapat berita yang ramai AHLI PAS KOTA KUALA MUDA DAH MASUK UMNO..rupanya dah macam2 hal terjadi di kawasan tersebut..



MTK
masa kempen laju ja hampa turun..bila dah menang camni lah jadinya..

Sunday, 11 December 2011

HANGGIT !!! SAH LELAKI MISTERI ITU AKAN AMBIL ALIH KERUSI MB KEDAH??



Semalam medan tempur ada mengeluarkan artikel pasal calon melayu dap yang akan bertanding di kedah SINI..Dengar cerita orang tu berjawatan besar jugak dekat KL..Jawatan pun boleh tahan jugak la Engineer.Lepas saja artikel tu keluaq,hari ni EXCO Negeri Kedah merangkap sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah menyokong dan wajar mempertimbangkan cadangan dap tu..


MTK pun pelik agaknya memang betul la apa yang MTK dengar bahawa LELAKI MISTERI itu memang betul betul wujud..Adakah dap sudah memulakan OPERASI ANGIN mereka menyelinap masuk tanpa dirasa,tanpa boleh dipegang dan tidak boleh berbuat apa apa..


Apakah di sebabkan exco tersebut tidak dapat merebut jawatan MB dari 2 exco yang lain sampai beliau mahu pertimbangkan cadangan tersebut.?Dalam Pas dah tak ada calon melayu yang lagi hebat ka sampai kena terima saja apa keputusan dap?


Sekiranya pekara ini memang betul betul terjadi,dan calon dap itu memenangi kerusi MTK pasti kerusi MB akan menjadi milik dap..




MTK 
PUAK PAIH HARAM JADAH,JUAL AGAMA,BANGSA&NEGARA UNTUK UNDI...PAS HARUS DI TENTANG..JOM KALEH KEDAH

HANGGITT !!!! PAS KEDAH KEJAM RAKYAT SENDIRI DITINDAS

Kisah mengenai sistem bas tempatan di Sungai Petani terhenti bersambung. Pada yang belum mengetahui isu ini boleh rujuk SINI dan SINI.

Pada mulanya NGO merancang untuk mengadakan demo. Namun apabila dinasihatkan oleh pihak berkuasa, mereka membatalkan dan hanya bertemu rakyat untuk membawa perkara ini kepimpinan kerajaan negeri.




Niat mereka berkumpul, hanya satu. Mahu membela rakyat Sungai Petani yang terhimpit dengan masalah yang agak serius ini.

Bayangkan pengangkutan awam yang hampir 50 tahun wujud, tiba-tiba dibatalkan begitu saja. Tanpa ada gantinya. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat hal ini. Bukan dengan membiarkan rakyat derita baru bertindak.






makcik ni menangis memikirkan bagaimana caranya dia mahu pulang kerumah jika bas tiada? Apakah ada teksi dengan bayaran RM 2?

Apa yang dihadapi oleh makcik ini (seorang warga emas) akan dihadapi oleh beribu-ribu lagi penduduk Sungai Petani. Mc malas nak mengulas panjang, video dibawah menjelaskan segalanya..







sumber dari KEDAH KE KL

TUDIAA !!! GAMBAR PEGAWAI TUGAS TUGAS KHAS DS NAJIB TERSEBAR DI KOLA KEDAH!!!


Semalam  berlangsungnya satu pertandingan Sepak Raga Tuju Piala Dato Latt Shariman Abdullah di Sekolah Menengah Alor Janggus anjuran GERAKAN BELIA 4B KAWASAN KUALA KEDAH..Beliau yang juga KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang


MTK di fahamkan sebanyak 30 peserta yang terlibat yang ratanya datang dari kawasan kuala kedah,satu dari perlis dan pulau pinang.

                                                            Peserta perlawanan akhir



Dato Latt sedang memberi ucapan kepada tetamu dan peserta yang datang


                                             Upacara menyampaikan hadiah kepada pemenang







                                               BELIA MENYOKONG 1 MALAYSIA




MTK
ABEH LA PUAK PAIH KALI NI.SAMBUTAN ANAK MUDA DI KOLA TETAP BERSAMA UMNO/BN

TUDIAA!!! PAPAGOMO,APA HANG BUAT KAT GUAN ENG??



APA DAH JADI NI PAPAGOMO?TELURNYA HILANG KE,DIHUJUNG TANDUK KE MEMANG X DAK LANGSUNG TELURNYA??SAMPAI NAK BERDEPAN FACE TO FACE PUN TAK BERANI..APA PUNYA JAWAPAN YANG DIA BAGI TU..

ITU BARU PAPAGOMO SORANG,KALO RAMAI OTAI OTAI BLOGER ADA DALAM TU MAU TERCIRIT.TAK PUN SELAM TAK TIMBUL2..PATUT LAH RAKYAT PENANG YANG BERDEMO TU DIA TAKUT NAK KELUAQ..RUPANYA MEMANG JENIS PENAKUT PUN..HELLO GUAN ENG,SEORANG RAKYAT PUN LU TAK BOLEH HANDLE,MACAMNA LU NAK HANDLE NEGERI??KE MEMANG LU DUDUK DALAM OFFICE DAPAT GAJI BUTA JA??KALO DUDUK DALAM OFFICE SIGN SURAT DAPAT GAJI BERPULOH PULOH RIBU,AKU PUN BOLEH JADI..



KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

“Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

“Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru.

Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan.

Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.

Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan.

Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia.

“Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor.

Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama.

Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah.

Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya.

“Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya.

Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media.

Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti.-HAREKAH





MTK
PENAKUT RUPANYA APEK NI.DEPAN PAS BOLEH LA LU LANGSI WEII,LU BERANI LU HADAP SINI LA